Digital tech, web, media, marketing, social community online

Most Recent

Gwe baru je menjejak kaki di kl.. bayangkanlah dalam dua hari ni 16 jam gwe berada dalam kereta, penat, letih, ilang fokus..dan habis duit..haha.. tapi syok tetap syok, dalam perjalanan gwe sempat singgoh di Cheneh untuk ambik Pihim. Rasa macam magnet je Cheneh ni bagi gwe..seronok sbb dah berbelas tahun x balik sini, actually kan. disinilah tempat gwe membesor.. tiba2.. teringat besfriend masa kecik2 dulu, asraf namanya, pemain bola sepak untuk kelab mana ntah skrg.. lupa.. kami ah gang2 nakal disitu.. curi sokmo duit mok sbb nok beli air tin.. nakal kow2 konfirm..

semak dibelakang rumah*semak dibelakang rumah.. kat sini dulu ada reban puyuh, kebun tembikai, jagung dan babi liar

paling x dilupakan, masa kami bakar semak dibelakang rumah untuk menghalau ular..(semak tu slalu ada ular.. kami takut nak masuk, tapi dalam semak tu ada buah tembikai yang ranum dan menyelerakan.. akhirnya kami memilih satu idea bodoh, apa kata bakar je semak..biar mati ular-ular tu semua..then dgn menggunakan minyak tanah dan colok.. kami pun bakar.. horay.. horay.. api marak dengan cepat.. rasa puas bila tengok api besar2 tu..but then tiba-tiba api merebak kebelakang, kearah rumah pegawai..bebrapa rumah pegawai disitu hampir dijilat api termasuk rumah kami berdua..kami berdua dah pucat lesi.. penghuni disitu mula menjerit, membawa keluar berbaldi-baldi air untuk memadamkan api..gwe dan asraf tgk dari jauh , kami dah tahu akan kene sebat.. tolong x tolong sama je..rasanya malam ini, kami tidak akan mendapat sebarang simpati lagi.

Ada satu hari tu, asraf bedah perut kucing dan gwe pegang..kata asraf. kucing tu makan ular, dia nak selamatkan ular tu dari mati..asraf pun bedah guna pisau lipat, gwe tengok je.. darah2 memercik kluor..dan kucing mengiau, menjerit.gwe tengok mata asraf, tapi dia still komited dgn keje dia.. sedikit pun x nampak takut atau cemas. padahal gwe dah rasa lain mcm je, berat kepala, berat.. kesian kucing tu…. selepas dah bedah perut. asraf cek.. ular tu dah mati. kucing?? mati dalam keadaan yang lagi teruk..ntah kenapa..kisah tu yang sampai sekrg bermain dalam kepala gwe… setiap kali tengok kucing ataupun tengok darah banyak2… gwe akan cuba lari ..gwe x sentuh kucing smp skrg.. siyes

yang paling sonok, hari2 main polis sentri atas pokok, sapa pernah main. polis kejar pencuri tapi kene panjat pokok la, sbb pencuri duduk atas.. time2 nak kene tangkap, terjun je dalam kolam ikan dibawah.. polis pun kepung dalam air… sronok.. siyess…. sbb tu setiap hari berbirat kesan rotan kat blakang..

rumah gwe

*rumah gwe dulu2 di bandar baru cheneh, No 4, Rumah K/Tangan Felda Neram 2

Sedikit info pasal Cheneh. Pembangunan Felda Cheneh (neram 1-2) ini dibuka pada tahun 1975, kesinambungan daripada segitiga Felda Cerul dan Jabor, ia terletak kira-kira 42km dari bandar Kuantan,berada didalam jajahan takluk empayar Sultan Mizan. Ada beberapa ribu keluaga peneroka felda disini, kebanyakannya adalah peneroka dari Negeri Terengganu.

Pada tahun 1990, Cheneh masih belum mempunyai sebarang hubungan dengan dunia luar, tiada talian telefon disini malahan api pun terpaksa dihidupkan dengan generator. Ia dibuka pada jam 12 pagi dan ditutup pada jam 10 malam setiap hari. Cheneh terbahagi kepada beberapa bahagian dipanggil Neram. Biasa ia dipanggil Neram 1 dan 2, Neram 3 dan Neram 4 jarang disebut kerana Felda menyerahkan urusan pertanian disitu kepada Ladang Rakyat, syarikat milik penuh kerajaan Terengganu.

Aktiviti di Felda di Cheneh pada waktu itu adalah tidak semoden di Bandar-bandar lain, TV adalah barang paling sukar dicari ketika itu, kerana siarannya sukar diperolehi, kecuali jika anda memasang antena tv pada Menara Petronas. Kemungkinan anda akan mendapat frekuensi yang diperlukan..

-bersambung, penulis mahu tido-

© lochoe.com 2009 | contact me through email : shahrul.id(a)gmail.com or YM: lochoemail Contact: 012-2301015