ASN3 dan DALI2 declare dividen
What a suprise, masa berjalan begitu pantas, sejak mula mengendalikan website ringgittune pada bulan mac 2007, tap tap tap, tiba2 dah rasa ending untuk tahun 2007, esok sudah bulan 12, masa begitu mencemburui begitu juga usia yang setiap tahun meningkat..
Anyway tahun 2007 adalah tahun yang begitu indah bersama dengan company unit trust,hari ini ASN3 mengisytiharkan dividen 8.00 sen seunit (7.15%) berbanding dividen pada tahun yang lalu iaitu hanya 6.3 sen seunit, ASN yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan dividen untuk tahun ini oleh pengerusinya, Tan Sri Ahmad Sarji semalam di Kuala Lumpur.
Read more info>>
Manakala Dana Al-Ihsan 2 (DALI2) juga mengisytiharkan dividen 10.00 sen perunit (5.15%) hari ini, jika dikira beserta dengan capital gain sepanjang tahun 2007 iaitu 27.538%, maka pulangan yang diterima oleh pelabur adalah sebanyak 32.538% sepanjang tahun 2007, Dana Al-Ihsan 2 tidak pernah menghampakan pelaburnya sejak mula dibuka pada tahun 2003 iaitu 4 tahun yang lalu. Tentu sahaja perbezaan ketara diantara pulangan dana ASN3 sebanyak 7.15% berbanding DALI2 32.538% menjadi persoalan disini.

One Person has left comments on this post
Pelik PNB kadang kadang.
Walaupun market tgh naik tinggi, pulangan produk PNB jarang lebih daripada 10%