Kenapa pas nak join BN?
Mungkin semua ini adalah konspirasi paklah, mungkin juga perang psikologi BN kepada penyokong PAS, lebih2 lagi kepada pengundi bukan islam yang mengundi pas dlm pru-12.. mesej yang ingin disampaikan UMNO ialah, pengundi melakukan kesilapan, kerana memangkah pas, PAS ialah parti melayu, di saat kuasa politik melayu semakin lemah, pas akan kembali kepada UMNO.. menguatkan lagi kuasa politik melayu, sama seperti pemimpin MCA yang pulang kepangkuan DAP tika perjuanganMCA/gerakan sekarang menunjukkan kuasa politik cina berkurangan..
takkanlah pemimpin PAS tidak tahu, taktik ini.. off course mereka tahu, tetapi kenapa pemimpin PAS seperti Nik Aziz bersedia menerima tawaran UMNO untuk bergabung.. dengan beberapa syarat..kenapa?
perjuangan Nik Aziz adalah kerana islam, mungkin beliau melihat ini masa yang sesuai untuk memboleh hukum islam di jalankan di Malaysia, sesudah 50 tahun tanggungjawab itu tidak dilaksanakan dinegara ini, nik aziz mungkin bimbang, jika pakatan rakyat berjaya menggulingkan paklah, anwar tidak semestinya menerima pelaksanaan undang2 islam kerana selama anwar berada didalam UMNO malah di kerusi kedua, tiada perubahan yang besar berlaku kepada undang2 islam, masih lagi berkisar kepada undang2 keluarga..sedangkan undang2 sivil masih berleluasa di Malaysia. tambahan lagi, dengan tekanan dari parti DAP di dalam pakatan rakyat, yang menolak 100% perlaksanaan undang2 islam di negara ini. Cita-cita nik aziz pasti terkubur.
Nik aziz mungkin melihat inilah peluang terbaiknya, atau mungkin peluang terakhirnya, didalam arena politik nya untuk memastikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam dapat dilaksanakan. sebelum nyawa terpisah dari jasad.
persoalannya sekarang, adakah UMNO akan menerima pelaksanaan ini. berikut adalah spetikan kata Nik Aziz didalam malaysiakini
Namun, bagi Menteri Besar Kelantan itu, cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam, akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.
adakah maksudnya, selepas pergabungan barulah pelaksanaan undang2 akan dibincangkan?, ini memberikan masa kepada kaki2 pengotor UMNO, untuk menolak pelaksanaannya, orang UMNO beri sahaja kuasa kepada mereka nescaya, tindakan lain akan diambil, hari itu khir toyol menulis didalam blognya, dialah yang terbabit membawa pemimpin pas menemui paklah, untuk berbincang dan turut mendedahkan penemuan itu kepada umum, untuk memberi pemimpin pas menjadi MB.. sekarang tajol rosli yang telah lama sepi, turut berhasrat untuk memberikan tiket MB kepada PAS..ada udang disebalik batu..
semoga pemimpin pas dapat berfikir semasak-masaknya, menentukan gelora politik tanah air.. jangan biarkan pisang berbuah dua kali…
Its okay to do wrong.. but dont repeat it.. remember..insanity is doing the same thing over n over again with the wrong result…adios..

3 People have left comments on this post
pas x de pun nak join BN.ni sume pak lah punye idea nk tutup isu minyak,isu altantuya dsb.
sila dgr pengakuan dari timbalan presiden Pas yg kononnya di dakwa paklah telah 3 kali berjumpa dgnnya utk bincang soal kuasa.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13528&mode=thread&order=0&thold=0
i understand.. tapi, musyidul am pas sendiri, datuk nik aziz nik mat memberi harapan kepada UMNO untuk bergabung dengan PAS jika syarat mereka dipatuhi…
so, the idea untuk bergabung memang ada, tetapi pelaksanaannya dan perbincangan adalah jalan terdekat.. yang diambil pada masa sekarang
PAS sendiri tahu, perjuangan mereka untuk menegakkan undang2 islam tak akan berjaya dengan pakatan rakyat.. DAP takkan bertolak ansur didalam perkara ini..
UMNO akan menggunakan peluang ini untuk mengukuhkan kembali jentera mereka.. sebab itu, dalam tv, pemimpin2 umno semua melihat positif kearah ini.. setiap masa mulut mereka tak habis2 menghebohkan kepada rakyat..
kita tengok je la nanti, betul ke pemimpin2 umno nak jalankan undang2 islam di malaysia..
tapi yang peliknya, bentukkan kerajaan dulu, baru bincang pasal undang2 agama.. huhu.. tajol dan khir toyo dah senyum balik dah.. dah mula buka buku akaun kira2.. projek mana dia nak ambik ni…