Lintas Lansung Hari Raya di Kuala Lumpur
6.30 pagi
agi ini, cuaca agak tenang, silauan matahari yang suam-suam sejuk mula mengganggu mimpi aku, suatu mimpi yang tidak enak kerana didalamnya aku bertengkar dengan sanak saudara, aku betul2 hairan, kenapa mimpi begitu pula muncul pada kali ini, sebab semalam aku wish untuk mimpi basah pertama selepas sebulan ketandusan..
tetapi bak kata BORAT, mimpi cuma mainan tidur. Lantas mata dibuka, bilik masih lagi gelap, suasana sangat sepi, tidak seperti biasa, jiran aku yang mempunyai kereta EVO tidak mengestart keretanya seperti biasa.. matikah dia? sakitkah dia? atau keretanya sudah kena tarik? mmg bagus, best, pagi yang sangat tenang.. aku tutup mata, sambung balik tidur zzzz (terlepas subuh pagi ini)
8.00 pagi : telefon aku berbunyi, smalam dah set alarm, setting pukul 7.30 pagi , tapi pukul 8.00 pula ia berbunyi. sakit hati betul mendengar bunyinya menyebabkan aku hilang selera tidur.. lantas aku bangun bangkit sambil meregangkan tulang empat kerat” plak plik plak” lega.. inilah nikmat dunia…. aku tengok telefon, wah ada 9 sms yang belum dibaca sejak aku tidur jam 4.00 pagi semalam, maksudnya mungkin baru dihantar pagi ini.. antara mereka yang turut sms adalah sedara mara aku – hati sedikit lega, mengingatkan mimpi pagi tadi. yang lain adalah client-client, kawan2 dan ada jugak no yang tidak dikenali (aku andaikan mereka ini golongan awek2 yang mengilai aku, insyallah dengan segera aku akan balas)
8.30 pagi : aku sudah siap mandi sunat hari raya, tetapi kepala sedikit pening serta perut amat memulas sebab bende aku makan semalam kot, macam-macam tak ingat rasanya.. apa sahaja dalam peti ais aku bakar dan kunyah.. sambil menonton TV.. ada juga bende2 lama yang aku rasa masih elok, bila dibakar balik, ternyata masih boleh dimakan..dan nampaknya sembahyang raya kali ini adalah semayang raya ketiga berturut-turut aku gagal menghadirkan diri, apa yang aku harap cuma Imam tidak mengambil attendance, sebab aku tidak sempat memesan sesiapa untuk sign bagi pihak aku. Tapi takpe semayang raya sunat je, cuma masyarakat sahaja memandangnya seolah-olah ia wajib. Biarlah.. ternyata perut aku sgt memulas.. Baju melayu aku tahun ini berkaler “peach”, setiap tahun mesti beli baju melayu baru sepasang.. actually ini kakak aku yang tempah.. sama semua adik2 beradik lelaki.. diharap mereka pergi semayang raya, walaupun aku kat sini, hanya mampu melihatnya di TV.. (betul ke aku tgk?)
8.46 pagi : aku mengadap komputer ini sekejap, tanpa tahu apa nak dibuat, appointment pukul 11 pagi nanti, mungkin keluar mencari sedikit makanan.. tunggukan update terkini dari aku ye
selamat hari raya…bergembira ye..
